PERATURAN SEKOLAH
PERATURAN SEKOLAH
(Disalin daripada Laman Web SMK YU HUA, Kajang, Selangor Darul Ehsan.)
Peraturan Sekolah bertujuan untuk membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Disiplin sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan diumumkan dan dikuatkuasakan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah.
A. MASA SEKOLAH
1.
Sidang Pagi
Isnin hingga Khamis
7.40 pagi hingga 1.10 petang
Jumaat
7.40 pagi hingga 12.00 t.hari
3. Sebelum Masa Sekolah, pelajar mesti bersedia untuk perhimpunan harian. Pelajar sidang pagi beratur mengikut kelas masing-masing di gelanggang bola keranjang / dewan pada jam 7.20 pagi. Pelajar sidang petang beratur di dewan sekolah sepuluh minit sebelum masa sekolah.
4. Pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas bertugas atau Guru Disiplin untuk mendapatkan surat izin masuk kelas. Tanpa surat ini, pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Surat izin ini ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar kemudian difailkan oleh Ketua Tingkatan.
B. KETIDAKHADIRAN PELAJAR
1. Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pengetua.
2. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit daripada ibu bapa atau penjaga dengan segera. Surat daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Kertas buku latihan tidak akan dilayan.
3. Pelajar yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib.
4. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang sekolah.
5. Pelajar wajib memberi nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa atau penjaga kepada Guru Tingkatan pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada nombor telefon saudara atau jiran mesti diberi untuk perhubungan ketika berlaku kecemasan
6. Pelajar mesti memberitahu Guru Tingkatan sebarang pertukaran alamat surat-menyurat dan nombor telefon dengan segera.
C. PAKAIAN DI SEKOLAH
1. Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah , mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
2. Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu sekolah seperti bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.
3. Pelajar wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradap di sekolah, termasuk ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah.
BAJU
1. Kemeja putih berlengan pendek, tidak berlipat.
2. Kemeja berlengan panjang tidak dilipat (hanya untuk pelajar Tingkatan
3. Enam, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Kadet Polis)
4. Saiz baju mesti bersesuaian.
5. Leher baju yang terlalu kecil atau berfesyen poket yang luar biasa (fancy) dilarang.
6. Bahagian belakang baju yang tidak berfeseyen.
7. Pelajar beragama Islam dibenarkan memakai baju berlengan panjang tanpa berlipat pada hari Jumaat sahaja.
8. Pelajar mesti mengancing butang dan hujung baju mesti dimasukkan ke dalam seluar denga kemas sama ada di dalam atau di luar sekolah.
9. Baju-T sekolah atau baju-T serba putih tanpa sebarang corak dan logo boleh dipakai untuk kegiatan luar kelas.
SELUAR PANJANG LELAKI
1. Pelajar lelaki dari tingkatan peralihan hingga tingktan dua memakai seluar pendek berwarna hijau tua (Olive Green). Pelajar lelaki dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima memakai seluar panjang berwarna hijau tua. Pelajar lelaki tingkatan enam memakai seluar panjang berwarna putih. Seluar dipakai dengan betul, tidak tergantung pada pinggul dan jika terlalu longgar, hendaklah dipakai tali pinggang.
2. Seluar potongan jeans dan seluar berfesyen dilarang.
3. Potongan seluar tidak boleh berfesyen, umpamanya berbentuk terlalu lebar.
4. Panjang seluar mesti bersesuaian. Had seluar panjang mesti sekurang-kurangnya menyentuh mulut kasut.
5. Hujung kaki seluar mesti dijahit kemas berlipat dan tidak berzip.
TALI PINGGANG
1. Warna tunggal sama ada warna perang atau hitam tanpa corak.
2. Lebar tali pinggang antara dua hingga tiga cm. Kepala tali pinggang (buckle) yang besar dan beraneka bentuk tidak dibenarkan.
PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
1. Pinafore empat kerat berwarna biru muda dengan potongan skirt yang tidak kembang. Sila rujuk Rajah 3 (Baju Kurung)
2. Panjang skirt mesti menutupi lutut.
LENCANA DAN TAG NAMA
1. Semua pelajar mesti memakai lencana sekolah. Lencana ini dijahitkan pada sebelah kiri pinafore / atas poket baju. Sila rujuk Rjah 1 dan 3 untuk kedudukan yang betul.
2. Semua pelajar sidang pagi memakai lencana kecil di penjuru kanan kolar baju.
3. Pelajar memakai tag nama pada sebelah kiri pinafore atau baju di bawah lencana sekolah. Sila rujuk Rajah 1 dan 2 untuk kedudukan yang betul.
4. Lencana persatuan / kelab / sukan yang diluluskan hanya boleh dipakai pada waktu perjumpaan masing-masing kecuali telah mendapat kebenaran Pengetua.
5. Kerosakan tag nama mesti dilaporkan kepada Guru Tingkatan / Ketua Tingkatan. Tag nama baru dapat dibeli melalui Lembaga Pengawas Sekolah.
6. Tag nama sementara mesti dipakai oleh pelajar yang kehilangan / belum mendapat tag namanya sehingga tag nama baru dibekalkan.
7. Pelajar-pelajar dilarang :-
(a) memakai tag nama pelajar lain,
(b) menconteng / merosakkan tag nama, dan
(c) mengubah huruf dan angka pada tag nama.
TALI LEHER
1. Tali leher sekolah diberi kepada Pengawas Pusat Sumber, Kadet Polis, Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya (Kumpulan Perkhidmatan)
2. Tali leher mesti dipakai dengan kemas bersama pakaian seragam kecuali pada waktu menjalani Pendidikan Jasmani, dan pelajaran amali di Makmal Sains.
KASUT
1. Kasut kanvas berwarna serba putih sahaja dibenarkan.
2. Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Kadet Polis dan pelajar Tingkatan Enam memakai kasut berjenama, bertumit tinggi dan berfensyen tidak dibenarkan. Bentuk lain yang tidak sesuai akan diberitahu dari semasa ke semasa.
3. Kasut dipakai dengan betul, tidak berlipat di tumit dan tali kasut diikat kemas.
SARUNG KAKI
1. Berwarna putih tanpa sebarang corak.
2. Jalur berwarna-warni / jenama tidak dibenarkan.
3. Mesti melebihi buku lali setinggi 5 cm.
4. Stokin wanita dan lelaki tidak dibenarkan.
PAKAIAN UNTUK PENDIDIKAN JASMANI
1. Baju-T sekolah atau baju-T serba putih.
2. Seluar pendek berwarna biru tua.
3. Hujung baju-T mesti dimasukkan ke dalam seluar.
4. Seluar ketat dan seluar yang terlalu longgar tidak dibenarkan.
5. Pelajar perempuan yang beragama Islam boleh memakai seluar panjang berwarna biru tua , tanpa corak.
PAKAIAN UNTUK GERAK KERJA KOKURIKULUM
1. Pakaian seragam sekolah.
2. Baju-T sekolah / persatuan / pasukan / kelab / sukan yang telah diluluskan.
3. Seluar pendek / panjang yang berwarna biru / hitam / putih tanpa corak dengan potongan yang sesuai.
4. Pelajar perempuan boleh memakai skirt yang berwarna biru / hitam / putih meliputi lutut, tidak bercorak dan potongannya sesuai.
5. Seluar ketat dan jeans tidak dibenarkan.
6. Hujung baju mesti diselitkan ke dalam seluar / skirt.
7. Kasut kanvas / sukan. Kasut berfesyen atau selipar dilarang.
D. KEKEMASAN DIRI
1. Pelajar mesti menjaga kekemasan diri pada sepanjang masa sama ada semasa di dalam kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah di luar sekolah. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
2. Pelajar dilarang memakai hiasan yang tidak dibenarkan.
RAMBUT
SEMUA PELAJAR
1. Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan / celup.
2. Rambut berfesyen tidak dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’.
3. Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.
PELAJAR LELAKI
1. Pelajar lelaki mesti berambut pendek.
2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.
3. Semua pelajar lelaki yang mendaftar untuk Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu mulai tahun 1998 diwajibkan memotong rambut gaya crew cut sehingga tamat persekolahan di sekolah ini.
PELAJAR PEREMPUAN
1. Rambut panjang mesti diikat mengikut panduan berikut :-
(a) Hanya menggunakan reben atau tali getah berwarna putih atau hitam sahaja tanpa corak. Hiasan lain tidak dibenarkan.
(b) Klip besi biasa yang kecil dan berwarna hitam.
(c) Lebar reben antara satu hingga tiga cm.
2. Pelajar perempuan tidak dibenarkan berfesyen rambut seperti lelaki.
KUKU
1. Mesti sentiasa pendek dan bersih.
2. Pelajar dilarang mewarnakan atau menginai kuku / jari / tapak tangan.
BARANG KEMAS / HIASAN
1. Semua pelajar dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barang-barang kemas lain.
2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting.
3. Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diamternya tidak boleh melebihi 1.2 cm.
4. Pelajar tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan.
5. Pelajar dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana bahagian tubuh badan.
6. Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
E. PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN
1. Pelajar mesti beratur dengan segera mengikut kelas masing-masing.
2. Semasa lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan, pelajar dikehendaki berdiri tegak dan nyanyi bersama.
3. Pelajar tidak boleh bercakap / bising / mengganggu perhimpunan.
4. Pelajar tidak boleh keluar atau masuk dari dewan semasa perhimpunan.
5. Pelajar yang lewat untuk perhimpunan dikehendaki beratur di lobi dengan senyap.
6. Pelajar dikehendaki mematuhi arahan Pengawas semasa pemeriksaan dilakukan.
F. PERATURAN DI DALAM KELAS / BILIK DARJAH
1. Selepas diambil kedatangan di gelanggang bola keranjang / dewan, pelajar beratur dan kembali ke kelas masing-masing.
2. Pelajar mesti berdiri dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya Pengetua atau guru-guru yang lain datang melawat kelas, pelajar berbuat demikian juga.
3. Pelajar sentiasa membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
4. Pelajar yang tidak dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Pelajar mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan.
5. Pelajar mesti menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru.
6. Jadual tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Tingkatan mengikut arahan Guru Tingkatan. Tempat duduk pelajar tidak boleh ditukar tanpa keizinan Guru Tingkatan.
7. Pelajar sentiasa berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.
8. Pelajar hendaklah menghormati Ketua Tingkatan dan pelajar lain.
9. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas.
10. Pelajar hendaklah menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Tingkatan atau Pengawal Perabot bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru Tingkatan dengan segera.
11. Pelajar tidak dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula dan kek (harijadi,dll) dilarang.
12. Buku teks pelajar dan barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam almari kelas.
13. Pelajar yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan daripada guru dan mendapatkan kad pas daripada guru. Pas dipulangkan kepada guru sebaik sahaja pelajar kembali ke kelas.
14. Pelajar hendaklah keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas membersihkan kelas.
15. Di bilik darjah dan bilik kuliah di Blok Dewan, pelajar tidak dibenarkan dalam kawasan dua kaki dari tingkap bilik darjah kecuali dengan kebenaran guru.
16. Pelajar yang tidak sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Rawatan mesti mendapat surat izin daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Pelajar tidak dibenarkan tidur / `berehat’ semasa guru mengajar.
17. Pelajar yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya.
G. PELAJARAN DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS
1. Pada waktu pelajaran Sains (jika menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer atau Pendidikan Seni, semua pelajar di kehendaki tinggalkan bilik darjah dan menuju ke bilik khas dengan langkah yang cepat dan senyap.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik Kuliah atau bilik Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru.
3. Pelajar mesti beratur semasa pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Pelajar tidak dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain.
H. WAKTU REHAT
1. Pelajar tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali Pengawas, Kadet Polis, Pengawas Pusat Sumber dan pelajar yang mendapat kebenaran.
2. Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin sekolah. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah.
3. Hanya minuman yang dibeli dari koperasi sekolah dibenarkan diminum di kawasan sekolah iaitu di depan kedai tersebut pada waktu rehat.
4. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.
5. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilk darjah pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas.
6. pelajar tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah.
7. Pelajar wajib makan dan minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan.
8. Peraturan membeli makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi.
I. SELEPAS WAKTU SEKOLAH.
1. Pelajar yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan sekolah lain hendaklah balik ke rumah selapas waktu persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau di tempat lain.
2. Pelajar yang hendak belajar atau berbincang tentang pelajaran, boleh berbuat demikian di Perpustakaan, kantin atau di tempat duduk yang di sediakan di bawah pokok.
J. GERAK KERJA KOKURIKULUM / SUKAN
1. Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum.
2. Semua gerak kerja kokurikulum dijalankan di bawah penyeliaan guru penasihat. Pelajar dilarang menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tanpa kebenaran sekolah.
3. Segala kegiatan persatuan / kelab sekolah yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu yang ditetapkan, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan ibu bapa terlebih dahulu.
4. Pelajar mesti mematuhi perlembagaan kelab / persatuan / persatuan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
K. TATATERTIB PERGAULAN
1. Pelajar mesti sentiasa bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap guru, staf sokongan sekolah, pelawat sekolah dan pelajar lain. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang kasar dan tidak bersopan.
2. Pelajar memberi ucapan selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau pelawat sekolah.
3. Pelajar mesti memberi kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas dan Kadet Polis.
4. Pelajar hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dalam pertuturan di sekolah. Loghat tidak boleh digunakan di dalam sekolah.
5. Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
6. Pelajar tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.
7. Pelajar tidak boleh menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah.
8. Pelajar dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.
9. Pelajar tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran sekolah.
10. Pelajar hendaklah sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran.
11. Pelajar juga dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab.
12. Pelajar tidak dibenarkan pergi / mencerobohi kawasan SJK (C) Yu Hua sebelum, semasa atau selepas waktu persekolahan.
13. Pelajar tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar lain / pelajar sidang lain semasa pelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.
14. Pelajar dilarang mengutip wang daripada pelajar lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Urusan jual beli antara pelajar di sekolah tidak dibenarkan.
L. PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH
1. Tanpa kebenaran, pelajar tidak dibenarkan memasuki Pejabat, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, Pusat Sumber, bilik kuliah, dewan dan bilik khas lain. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi.
2. Tanpa kebenaran, pelajar tidak boleh memasuki bilik darjah lain. Pelajar yang memasuki kelas lain tanpa kebenaran / semasa ketiadaan orang lain di dalam bilik darjah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menceroboh.
3. Pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
4. Pelajar hendaklah cermat menggunakan kerusi dan meja, air / elektrik, tidak merosakkan kolam ikan, tapak taman bunga, tidak mengotor / merosakkan tandas, atau menyalahgunakan alat pemadam api.
5. Pelajar bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat. Kemudahan di sekolah seperti gelanggang bola, lampu spotlight, internet, siaraya dan lampu dewan, dan komputer hanya boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah.
6. Meja, kerusi dan sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke tempat lain tanpa kebenaran sekolah.
7. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.
8. Pelajar tidak dibenarkan memasuki zon merah yang dikhaskan untuk meletak kereta guru dan staf sokongan.
M. PELAJAR YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH
1. Pelajar tidak digalakkan membawa kereta ke sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan diletak di dalam kawasan sekolah. Kereta yang diletak di luar kawasan sekolah hendaklah tidak menggangu penghuni / pengguna jalan raya.
2. Pelajar yang membawa motorsikal dan basikal ke sekolah hendaklah meletakkan kenderaan tersebut di tempat yang telah dikhaskan untuk pelajar sahaja.
3. Topi keledar tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah.
4. Pelajar yang tiba di sekolah lewat dikehendaki meletakkan motorsikal / basikal di tempat lain yang dikhaskan. Kenderaan ini akan dirantaikan.
5. Pelajar tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau basikal di kawasan sekolah termasuk pada hujung minggu atau hari cuti sekolah.
6. Pelajar hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderan pelajar lain ketika mengeluarkan kenderan sendiri semasa hendak balik.
N. KESALAHAN YANG BERAT
1. Menjadi anggota kumpulan kongsi gelap atau pertubuhan haram di sekolah atau di luar sekolah.
2. Membawa atau memiliki senjata berbahaya dengan niat jahat.
3. Bersikap biadap terhadap Pengetua, guru dan staf sokongan sekolah.
4. Mengancam atau memukul Pengetau, guru, pengawas atau pelajar yang lain.
5. Melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan.
6. Merosakkan harta benda kerajaan, sekolah, guru atau pelajar lain.
7. Merosak atau mencemari imej dan nama baik sekolah.
8. Mencuri atau memeras ugut dan bersikap tidak senonoh.
9. Memiliki atau mengambil minuman keras, menghisap atau memiliki rokok / dadah.
10. Menentang tindakan tatatertib yang dikenakan oleh guru atau Pengetua.
`Biadap’ termasuk menjeling, menunjukkan muka marah, menggunakan suara yang keras / kuat dan menunjukkan gerakan tangan yang tidak sopan terhadap seseorang.
O. BARANG-BARANGAN LARANGAN DI SEKOLAH
Buku / bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen, poster / kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah, buku kisah cinta remaja / dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya.
Alat-alat elektronik seperti `game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat (CD), pita kaset, radio walkman, radio dan sebagainya.
Alat-alat solek.
Alat / barang hiasan / barang kemas seperti cermin, tali pinggang berfesyen, subang berfesyen, klip rambut yang besar / berfesyen, reben yang berwarna-warni, cincin, rantai, pendant, tali / benang dan semua jenis batu permata.
Sikat jenis `brush’ / hujungnya runcing dan tajam.
Alat yang tajam / batang kayu / batang besi / senjata berbahaya seperti pembaris besi / keluli yang panjang, pisau, pemutar skrew, gunting besar, rantai besi dan sebagainya.
Jaket / Sweater / Windbreaker.
Bahan letupan dan bahan bakar seperti mercun, `thunder flash’, mancis dan bahan kimia.
Baju atau baju-T yang berwarna-warni / tidak boleh dipakai di sekolah.
Alat-alat permainan seperti catur, monopoli, kad judi (poker card), gitar dan sebagainya.
Segala jenis rokok dan dadah; minuman keras dan pil / ubat kecuali atas nasihat doktor.
Tepung, serbuk emas, pistol air, telur, belon berisi air dan makanan ringan.
Diusahakan oleh;
Amir Hamzah bin Hussin
SK Datuk Tambichik Karim,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
04-07-2007 Jumaat